Friday, June 25, 2010

Program Pembimbing Rakan Akademik 2010 Kimia


Hari : Sabtu
Tarikh : 26 Jun 2010
Masa : 7.30 pagi -12.00 tengah hari
Tempat : Makmal Kimia / Biologi / Fizik

Sila rujuk senarai nama pelajar dan kumpulan masing-masing.

Tentatif Program

8.00 - 9.30 : SLOT 1 : Kertas 2 Bahagian A
9.30 - 10.00 : REHAT
10.00 - 11.30 : SLOT 2 : Kertas 2 Bahagian B dan C
11.45 : Bersurai

Bagi pelajar luar, sila maklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang program ini supaya ibu bapa / penjaga dapat menguruskan pengangkutan pelajar pergi dan balik.

KEHADIRAN SEMUA PELAJAR ADALAH WAJIB !

Thursday, June 17, 2010

Arahan Kerja Sekolah BM

Buat latihan 1 dan 2 sahaja. Salin daripada mana-mana buku atau sumber. Pastikan tidak sama dengan rakan lain. Saved dalam pendrive. Naik cuti hantar & Cikgu akan copy & paste.

Makanan Seimbang

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Friday, June 11, 2010

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru buat Guru kelas kami iaitu Cikgu Siti Aidatul Azwen Bte Bidin
bersama pasangannya Abd Rahman Bin Ahmad. Semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar dan baik. Kami doakan agar Cikgu bahagia hingga ke anak cucu.. Cikgu menjemput untuk semua pelajar terutamanya kelas 5 M1. Berikut adalah maklumatnya :-

Maklumat pengantin Perempuan :
  • Alamat : No 350, Blok 1 Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baharu, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.
  • Tarikh : 11 Jun 2010
  • Hari : Jumaat
  • Waktu : 10.00pg - 6.00ptg
Maklumat Pengantin Lelaki :

  • Alamat : C108, Felda Ulu Tebrau, 81810 Ulu Tiram, Johor Darul Takzim.
  • Tarikh : 13 Jun 2010
  • Hari : Ahad
  • Waktu : 11.00pg - 5.00ptg

Saturday, June 5, 2010

Permohonan Ke Program Matrikulasi


Sila sediakan 2 salinan kad pengenalan (Bahagian depan dan belakang dalam satu muka surat) dan bayar Rm6.50 untuk pelajar yang tidak bayar Rm5 untuk kursus penggugahan diri. Bagi sesiapa yang sudah bayar untuk kursur tersebut, sila bayar Rm1.50 sahaja. Bayaran ini termasuk dengan kos pengurusan. Bayar Selewat-lewatnya hari isnin naik cuti pada ketua kelas. Terima Kasih

Friday, June 4, 2010

Homework BM

ARAHAN :
Khas kepada pelajar 5M1/5M2/5E2/4A2
Tugasan 1 :

1. Tulis satu latihan rumusan dan soalan pemahaman rumusan.
2. Skema jawapan hendaklah disediakan.

Tugasan 2 :

1. Tulis satu latihan lengkap Kertas 2 Soalan Kemahiran Bahasa no. 3.
2. Latihan tersebut hendaklah lengkap daripada soalan a,b,c,d dan e.
3. Skema jawapan hendaklah disediakan.

1. Tarikh tutup penghantaran soalan ialah pada 20hb Jun 2010.
2. Semua latihan hendaklah dihantar dalam softcopy dlm PENDRIVE.
3. Latihan hendaklah ditulis nama dan tingkatan.

LATIHAN RUMUSAN

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekang kegiatan samseng jalanan dan kesannya kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Pelbagai persoalan di minda masyarakat. Antaranya termasuklah adakah gejala yang semakin menjengah ke kawasan kampung ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.
Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu diambil untuk mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan awam ini. Sudah tiba masanya Akta Pengangkutan Jalan dipinda dan Jabatan Pengangkutan Jalan diberi kuasa untuk menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan. Sementelah, golongan itu semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar pihak berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Golongan ini diperangi habis-habisan dengan melipatgandakan usaha menambah bilangan anggota peguat kuasa. Dengan itu, operasi pembanterasan secara besar-besaran seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan bermusim. Gejala ini ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak kesungguhan pihak berkuasa untuk tidak bertolak ansur dalam hal keselamatan awam. Ketegasan pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun dalam kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan besar.
Gejala mat rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini ke pangkal jalan. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu member muka kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun.
Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Banteras Mat Rempit” oleh Norila Daud, Utusan Malaysia, 7 Mei 2009.)
SULIT 1103/2


Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata menjengah ke kawasan kampung.
[2 markah]

ii) Nyatakan sebab-sebab ibu bapa wajar menerima hukuman jika anak mereka terlibat dalam kegiatan samseng jalanan.
[3 markah]

iii) “Remaja merupakan golongan yang paling banyak terlibat dalam kegiatan lumba haram. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?