Wednesday, October 19, 2011

HaLoO . . . .

Haiii semua...emm bg yg masih bukak blog nie la..korang ape khabar?
korang skarang study kt ner?
Bnyak pulak persoalan yg timbul..
Mcm nie la,,kalau korang ade cadangan nk buat reunion just post je kat comment box oke.

Sunday, April 17, 2011

Hye, apa khabar?

ASSALAMUALAIKUM

hye korang! first of all aku nk mintak maaf sbb aq xdpt nk update result spm korang sbb m****...hehehehe..malas skit nak kumpul semua,..xpelah, tok tmpt pngajian korang lpas ni kot bru aq update..hm, aq dnga apai dpt JPA but t'lmbat twu eh? hmm, lenkali jgn cuai kawan..bkan senang tu nk dpt biasiswa..but bkan smstinya xdpt biasiswa, kita xdpt smbung blaja kan..:)

aq hrp da xde sape2 lg y bersedih atas result y korang dapat..redha..pasti akan ada hikmahnya...kte buat y lagi terbaik mse kat u nt...aq hrp, korang sentiasa usaha utk ubah diri n nsib msing2..wassalam (pendek jep)hehe

Saturday, April 2, 2011

Wahai SAHABAT!


Untuk korang yang bernama SAHABAT :


Duhai teman sejatiku...
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tidak dapat ku sembunyi
Apa yang melingkar di hati
kasihku padamu tidak terperi
terhampar luas tidak bertepi.

Di saat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah
Di saat tandus amalku
Kau suburkan qudwah
Di saat gugur semangatku
Kau bajai quwwah.

Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
Kau ceria berpanjangan
Tika kesedihan bertamu
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa
kau ingatkan janji-Nya
Tika kejayaanku tercipta
Kau doakan redha-Nya bersama

Duhai teman sejatiku...
Masihkah kau semadikan di minda?
Bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita
Adalah cinta tulus bersulam takwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha pencipta...

Result SPM 2010

First of all, aku sebagai penolong ketua kelas nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kawan-kawan aku yang selama ni dah pun bertungkus-lumus tonggang terbalik buat yang terbaik untuk SPM kita yang lepas. CONGRATULATIONS!! Walauapapun aku harap korang semua dapat teruskan hidup korang untuk jadi yang lebih baik lagi lepas ni. GAMBATE!!! Apa yang korang dapat tu hasil daripada titik peluh korang jugak. SPM ni sekadar checkpoint untuk kita menjejakkan kaki ke menara gading, kan3...ni ada kata2 hikmah untuk korang, untuk renungan bersama :)
:)
Duhai teman sejatiku....
Allah mencipta manusia sama
dengan sebaik-baik kejadian
cuma amalan manusia itu berbeza-beza
ada yang lalai dengan angan-angan
ada yang tekun berusaha
tentu nasib mereka berlainan
kerana Allah Maha Adil sifat-Nya
kelalaian dibalas kegagalan
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
kau dibei peluang membuat pilihan
kau jua yang tanggung natijahnya...
Sedarlah teman sejatiku
kita musafir di dunia
kitakan pulang pada-Nya
hidup di dunia akan ditanya
adakah diisi dengan sebaiknya
atau keseronokan semata-mata?
mahukah kita hidup terhina?
tanpa ilmu sebagai bekalnya
kelak di sana rendah darjatnya.

Wassalam




Thursday, December 23, 2010

Last day kelas meka

Last day...

Kebanyakan ramai yg balek lepas exam chemis..Cikgu Azimah wat kelas terakhir utk kelas kiteorang pada 14/12/2010..Ade jugak yang balek kat asrama time pagi 2...mase 2 ingat kelas start kul 8.00...tunggu pnye tunggu kt kantin skola tp cikgu tak sampai2 lagi..mase tu tak ramai yg dah sampai dan yang tunggu kat kantin cume abu, sha sha, wing, jijol, apit, apai n dak2 meka 2..opsss,,Cikgu dak meka 2 pn ade wat kelas jugak tapi tak campur dengan kelas kiteorang..Dengar kate dak2 meka 2 wat kelas kt library..mesti best coz ade penghawa dingin..kiteorang hanya wat kat bengkel aje..kelas berjalan macam biase tp lagi best coz leh bawak handset, camera n bende2 larangan..biase la dah abis skola kn..ade yang sibuk blaja, bincang, snap pic & ade gak yang sibuk makan..hahaha ..nilah perangai dak meka kn..kiteorang kire bernasib baik coz cikgu kiteorang sanggup wat kelas..cikgu kelas len tak wat pun kelas kecuali meka 2..dak2 kelas len terpakse blaja sendiri..ala maklum la dak2 meka kan pandai2 belaka..hehehe ..kalau nak taw lebih lanjut saksikanlah gambar2 yang di snap mase kelas berlangsung :



Kenangan yang takkan dilupakan



Suasana kelas m€ka

Last day sume rajin gler

Blaja jgn ta blaja

Kusut btol nak wat soklan ni



Rajin btol si Aiman ni

Friday, December 17, 2010

Kemanisan iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .

Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.

Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.

Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :

- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.

- Qiyamullail .

- banyak beristighfar .

- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.

- Kurangkan makan .

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.

dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”

Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:

- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.

- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.

- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan

- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.

- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.

- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.

Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

Friday, November 19, 2010

Jamuannnnnnnnnnnn..

Inilah aksi semasa jamuan di Hotel Naza:

Sebelum Majlis bermula

Dega yg x saba nk MAKAN..hahaha

Dak2 Pompuan 5M1%

Aksi MEREKA

COMELnye Anak Ckgu Fariza

Ade muke mcm pengacara ke??? hahaha

Kami sehati sejiwa 5 Mechy 1 (2010)


Friday, October 15, 2010

Jamuan Kelas

Di jemput semua crew 5M1 serta guru yang mengajar kami untuk datang ke jamuan kelas seperti keterangan berikut :

Tempat : NAZA HOTEL
Tarikh : 16 / 10 /2010
Hari : Sabtu
Waktu : 2.oopm - 5.30pm

Event :
  1. Tema bagi setiap group pelajar
  2. Persembahan bebas
  3. Award mengiku undian yang telah di buat.
  4. Dedikasi (Pandangan tentang rakan anda)
  5. Pertukaran hadiah
Semua crew perlu menbawa hadiah sendiri (antara harga Rm3-Rm5) untuk dibuat pertukaran..
Saya sebagai ketua kelas memohon maaf kerana tidak dapat hadir bersama-sama atas sebab-sebab tertentu..
Diharap agar program itu dapat berjalan dengan lancar.

Kisah Hari Jumaat

Pada Jumaat 15/10 merupakan tarikh yang bersejarah kerana sebuah BOM Atom telah dilepaskan di dalam kelas kami pada jam 11.50 pagi...Kebetulan pada waktu ke 2 dan 3 sebelum itu kami belajar tentang Nuclear Fission dan terdapat 2 biji Bom Atom telah dilepaskan ke Hiroshima dan Nagasaki..Nama bom yang dijatuhkan di Hiroshima ialah LITTLE BOY manakala di Nagasaki ialah FAT MAN..
Tak tau lah nama bom yang dilepaskan di kelas kami itu..effect nyer terlalu mendalam kerana seluruh kelas kami berbau busuk..hahaha
Cikgu kami hanya tersenyum sahaja memerhati tingkah laku kami yang tak tentu arah kerana udara yang nyaman telah tercemar kerana sebiji bom itu...Keadaan kelas menjadi hura hara sebentar..
Kes ini menjadi tanda tanya bagi kami bahawa siapakah orang yang melepaskan bom tersebut..Maka , siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas.

Monday, September 27, 2010

Jom Makan2 !!!!!

JAMUAN HARI RAYA

Semua guru tingkatan 4,5,6(AJK jamuan)

Untuk makluman dan tindakan tuan/puan:

1.Butiran tentang jamuan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:29 September 2010
Masa:11.30 pagi
Tempat:Dataran Kejat (hadapan pejabat)

2.Sila pastikan kelas masing-masing:

i. membawa makanan tambahan secukupnya.
ii. wakil pelajar menghantar makanan ke tempat yang disediakan pada pukul
10.30 pagi, 29 sept 2010
iii. pergerakan pelajar ke tempat jamuan pada 11.15 pagi
iv. menyelia perjalanan jamuan kelas masing-masing

Sekian, terima kasih.