Saturday, April 2, 2011

Result SPM 2010

First of all, aku sebagai penolong ketua kelas nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kawan-kawan aku yang selama ni dah pun bertungkus-lumus tonggang terbalik buat yang terbaik untuk SPM kita yang lepas. CONGRATULATIONS!! Walauapapun aku harap korang semua dapat teruskan hidup korang untuk jadi yang lebih baik lagi lepas ni. GAMBATE!!! Apa yang korang dapat tu hasil daripada titik peluh korang jugak. SPM ni sekadar checkpoint untuk kita menjejakkan kaki ke menara gading, kan3...ni ada kata2 hikmah untuk korang, untuk renungan bersama :)
:)
Duhai teman sejatiku....
Allah mencipta manusia sama
dengan sebaik-baik kejadian
cuma amalan manusia itu berbeza-beza
ada yang lalai dengan angan-angan
ada yang tekun berusaha
tentu nasib mereka berlainan
kerana Allah Maha Adil sifat-Nya
kelalaian dibalas kegagalan
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
kau dibei peluang membuat pilihan
kau jua yang tanggung natijahnya...
Sedarlah teman sejatiku
kita musafir di dunia
kitakan pulang pada-Nya
hidup di dunia akan ditanya
adakah diisi dengan sebaiknya
atau keseronokan semata-mata?
mahukah kita hidup terhina?
tanpa ilmu sebagai bekalnya
kelak di sana rendah darjatnya.

Wassalam




No comments: