Friday, May 28, 2010

Pertandingan Catur Bistari

Tahniah kepada pasukan catur bistari sekolah yang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan catur bistari peringkat negeri yang dianjukan oleh JCorp...Secara tidak langsung dapat menaikkan nama sekolah...Sesetengah Peserta mendaftar atas nama sekolah dan ada juga yang daftar atas persendirian..

Pertandingan ini berlangsung di Persada Johor pada Ahad 23/5/10..Hadiah sebanyak RM500


Juga yang terlibat :
  • Shahrul Izwan (5M1)
  • Aiman Halifi (5M1)
  • Asy Shafiq (5M2)
  • Kamal (5E2)
  • Alif (5A1)
  • Fazrul (5P2)
  • Hasnan (5P3)
  • Naquib (5P3)
  • Eyamani (5P3)

Jadual Baru

Buat pengetahuan semua..jadual bagi setiap kelas telah diubah lagi..
Jadual baru telah pun diupdate..
Sila rujuk di page Jadual Kelaz...

Thursday, May 27, 2010

HapPy BirthDay Afix



Happy Happy Birthday...
Selamat Hari Jadi kali ke-17..
Semoga panjang umur n dimurahkan rezeki...
Dan Semoga menjadi pelajar yang cemerlang untuk SPM yang kian menjelang nanti...
AMIN..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru di seluruh Malaysia..Terima kasih atas jasa yang di berikan selama kami menuntut di sekolah..Kami memohon maaf atas kesilapan yang kami lakukan sepanjang kami berada di sekolah..

Kami juga ingin menjemput guru-guru datang ke kelas kami untuk memeriahkan lagi sambutan hari guru..Terutamanya bagi Ayanhnda , PK , PK-hem , guru-guru yang mengajar kelas kami serta yang utama ialah guru kelas kami..
'Kad jemputan' telah diberikan pada hari Jumaat lepas..Kami menyediakan juadah-juadah ringan untuk di jamu..Harap sambutan tahun ini dapat disambut meriah daripada tahun-tahun sebelum ni..
TERIMA KASIH CIKGU.

Friday, May 14, 2010

Khasiat Madu lebah


Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:

- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka

Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus


Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;


"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

Sunday, May 9, 2010

HaPpy BirthDay Faten

HaPpy BirthDay Faten...
Kami doakan agar panjang umur dan dimurahkan rezeki...Mohon maaf sekiranya kami ada buat salah atau menyakitkan hati Aten..dan maaf kerana update awal sebelum tiba birthday Aten..Lepas ni tak ada masa nak update..
Maka, dengan ini...
Bersiap sedialah dengan tepung dan telur tembelang pada hari Rabu ini..
Semoga menjadi pelajar yang cemerlang untuk SPM tahun ini..Amin

Jadual Periksa


  • 13/5 (Khamis) - Bahasa Melayu 1,2
  • 14/5 (Jumaat) - Bahasa Inggeris 1,2
  • 18/5 (Selasa) - Fizik 2,1,3
  • 19/5 (Rabu) - Sejarah 2,1 & Sivik
  • 20/5 (Khamis) - Matematik Tambahan 2,1
  • 21/5 (Jumaat) - Pendidikan Islam 2 , Pendidikan Moral , Pendidikan Islam 1
  • 24/5 (Isnin) - Kimia 2,1,3
  • 25/5 (Selasa) - Kejuruteraan Mekanikal 2, Kejuruteraan Awam 2, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 2 , Sains Pertanian 2, Pengajian Keusahawanan 2 , Kejuruteraan Mekanikal 1, Kejuruteraan Awam 1, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 1 , Sains Pertanian 1, Keusahawanan 1, Pendidikan Jasmani
  • 26/5 (Rabu) - Lukisan Kejuruteraan 2, Prinsip Perakaunan 2, Biologi 2, Prinsip Perakaunan 1, Biologi 3, Biologi 1
  • 27/5 (Khamis) - Matematik 2,1

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu kami ucapkan kepada ibu-ibu yang berada di seluruh dunia..Tidak lupa juga ibu-ibu kami yang berada di rumah..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta ceria2 selalu.
Terima kasih ibu diatas pengorbanan yang diberikan semenjak dari kecil.
SELAMAT HARI IBU

Friday, May 7, 2010

Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah


  • Hari : Rabu
  • Tarikh : 12/5/2010
  • Waktu : 2.00-3.30
  • Untuk Kelas 5M1 & 5M2 : Bengkel Jurutera, Landskap dan kelas sendiri.
Matlamat :

Meningkatkan kualiti kebersiha serta keceriaan sekolah & asrama.

Aktiviti :
  1. membersih dan menceriakan kelas2 dan kawasan sekolah.
  2. Memungut, mengumpul dan membuang sampah ke pusat pengumpulan sampah sekolah.
  3. Membuat pelupusan alatan / bekas terpakai yang boleh menakung air.
Ikut jadual peristiwa.

Tuesday, May 4, 2010

Program Minda Segar

Program ini akan diadakan pada hari Sabtu 8/5/2010..
Bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matapelajaran Fizik.
Semua pelajar Tingkatan 5 DIWAJIBKAN hadir kecuali pelajar yang mendapat kelas Dinamik dan Elit..Dan juga pelajar yang terlibat dalam pertandingan KAT (Karnival Antara Teknik)

Disamping itu pelajar Tingkatan 4 asrama diminta mengosongkan blok asrama iaitu Blok K kerana pelajar2 yang terlibat dalam pertandingan sepak takraw KAT daripada sekolah lain akan menetap di situ.

Sekolah ini menjadi tuan rumah bagi pertandingan takraw yang akan berlangsung di Dewan Seri Gemilang.

Sunday, May 2, 2010

Tahniah Atas Kejayaan Yg Dicapai






Tahniah
diucapkan kepada pelajar 5 Mekanikal 1 kerana mendapat pengiktirafan daripada pengetua mengenai peningkatan gred daripada peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dan ujian bulanan 1...Gred purata peperiksaan akhir tahun Ting.4 iaitu 5.43 telah meningkat kepada 4.97.

Kami harap agar kami dapat meningkatkan gred kelas untuk peperiksaan setengah tahun dan seterusnya SPM yang akan menjelang nanti..Begitu juga untuk SPM nanti.Tidak dilupakan juga untuk kelas lain agar meneruskan usaha bagi meningkatkan prestasi kelas masing2 dan seterusnya untuk sekolah ini...

TERUS MAJU SMTJB

Saturday, May 1, 2010

Tarikh Perjumpaan Mentor


Tarikh perjumpaan mentor yang akan datan ialah :

10 Mei 2010
28 Jun 2010
26 Julai
20 September